Monday, 8 October 2012

Ucap Selamat (Yang Terlewat)



Tarikh 29 haribulan September tahun dot dot dot dot sudah jadi tanda aras rasmi dari Tuhan untuk penggerak utama Proksi Buku yang comel molek ini, bahwasanya ianya adalah tarikh permulaan bagi segalanya-segalanya untuk beliau. Dan untuk itu, Abang Proksi berterima kasih sungguh-sungguh pada The Big One ittew sebab tanpa kehadiran beliau yang membelakangi kamera ketika di-snap fotonya ini, memang Proksi Buku yang kamu kenal ini tak akan wujud pun. 

Dan untuk kamu, ya kamu yang lebih senang kita semua gelar Kakak Proksi mulai sekarang, terima kasih sebab sudi bazir segala-galanya untuk pastikan Proksi Buku ni bergerak (walau diakui perlahan) tanpa minta balasan. Memang tanpa kamu, pincang segala hal. Terima kasih ya :D

P.s- Untuk baca apa yang ditulis pada kad yang kita sama-sama pilih hari tu, tungguuuuu!

Thursday, 4 October 2012

Yang Hemsem #001



Sehari selepas adik @fifahuda, brader yang bersalut baju tee Morning Rocket pula datang kepada wakil Proksi Buku, yakni Abang Proksi. Lokasi kejadian kali ini, di rumah Abang Proksi sendiri. Dan dan tu juga, dengan niat suci brader @Ag_NurZad ini dibawa ke bilik dan diajak berbual beramas mesra sebelum proses pembelian dimulakan. Banyak benda dibualkan. Berapa lama? Abang Proksi pun tak pasti. Tapi yang dapat diketahui pasal brader yang senyumnya kemaen menggoda hati makwenya ni, ialah brader ni memang berjiwa alternatif.

Sehabis daya, kata orang kita.

Bukan apa, segala produk alternatif, yang brader ni tahu wujudnya, akan dibeli bila saja berduit. Contohnya, baju biru cair bertinta Morning Rocket itu. Dibelinya sebab tanda sokongan kepada band tersebut, dan untuk itu dileburnya kurang-kurang RM 40 untuk sehelai baju.

"Ni dekat rumah ada lagi ni." Katanya menyambung kisahnya tentang pemilikan baju tee sebegitu di simpanannya. Dan dan itu juga, hormat Abang Proksi ke brader yang gemar senyum ni. Dan sebelum balik, sesi bergambar bersama buku yang dibeli pun berlangsung.




Kepada Ag, terima kasih diucapkan. Jangan malu-malu roger kalau nak jumpa ke apa. Tak kisahlah nak melepak atau nak beli buku. Bukan apa, kita kan, kawan! Ke ke ke.


P.s- Dan dari pengalaman, dan juga cerita brader Ag ni, kami di Proksi Buku sedang berusaha untuk bikin pakej penghantaran buku melalui pos. Ha, jaga-jaga ya!

Monday, 1 October 2012

Yang Cantek #001



Dan inilah adik @fifahuda, pembeli pertama stail COD dengan Proksi Buku. Rilek dan ringkas saja prosesnya. Tak sempat bernafas, dah setel. Tempat jumpa, ikut cadangan pelajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (kalau tidak tersilap) ni, di Kafe Kg. E. Masa jumpa pun ikut kesesuaian beliau. Takde kecoh-kecoh ke apa ke, dan macam yang dah disebut tadi, terus setel.